Mat Tudung Begins (2023) 6.7

6.7
Trailer

Nonton Film Mat Tudung Begins (2023) Sub Indo | REBAHIN

Nonton Film Mat Tudung Begins (2023)  – Merupakan kesinambungan secara tidak langsung daripada Mat Tudung 2014, Mat Tudung Begins kini menemui para peminat di pawagam. Apabila poster filem ini pertama kali diperkenal kepada umum, ia mengundang pelbagai reaksi terutamanya daripada warganet.

Ada yang menyatakan tidak sabar untuk menontonnya ada juga yang menyatakan kecaman mereka terhadap poster filem ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Filem ini merupakan arahan Fizz Fairuz yang juga merupakan pelakon utama dalam filem ini. Mat Tudung Begins adalah karya sulung beliau sebagai pengarah.

Sepertimana yang dinyatakan di atas, pada permulaan filem ini diperkenalkan ia mengundang pelbagai persepsi warganet. Bagi kami, persepsi tersebut ada betulnya kerana kita lantang menentang agenda LGBT yang dibawa oleh syarikat perfileman luar negara namun perkara yang ditentang itu dibawa dengan senang lenang oleh syarikat perfileman tanah air.

Kembali kepada isi filem – Mat Tudung Begins membawa genre Komedi dengan sedikit sentuhan Romantik. Terdapat satu watak dari luar negara yang dibawa ke dalam filem ini iaitu Mimi Peri.

Bagi saya sejujurnya watak Mimi Peri adalah pembaziran terbesar filem ini kerana tidak langsung membantu dan memberi impak kepada perkembangan jalan cerita. Lawak yang ditampilkan dalam filem kali ini lebih dominan kepada lawak yang mempunyai maksud di sebaliknya (double meaning).

Kepada yang ingin membawa anak-anak menonton filem ini saya nasihatkan untuk memberi peringatan sekeras-kerasnya kepada anak anak bahawa itu semua adalah lakonan semata-mata.

Namun sekiranya anak anda tidak makan nasihat maka jalan terbaik adalah dengan membawa mereka menonton filem lain. Saya tidak rasa bahawa visual babak urut, babak silhouette ganti payudara dengan buah dan beberapa babak lain adalah sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, memerhati kepada mereka yang sama sama menonton bersama saya pada baru baru ini, reaksi yang diberikan sangat menghiburkan. Setiap babak lawak pasti menggamatkan dewan tayang dengan hilai tawa mereka.

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang bergelut dengan masalah dalam kehidupannya. Pada suatu hari, rakan serumanya meminta pertolongannya untuk menyelesaikan masalah di pejabat.

Mengambil jalan mudah, mereka berdua telah berpewatakan sebagai seorang wanita dalam usaha untuk menyelesaikan masalah di pejabat dan mengekalkan pekerjaan masing masing. Semakin dalam mereka menyiasat semakin besar masalah yang terpaksa dihadapi.

Jangan lupa untuk selalu cek Film terbaru kami di REBAHIN.